Showing posts with label Mini Clinic. Show all posts
Showing posts with label Mini Clinic. Show all posts

Saturday, May 2, 2009

Miniclinic Video 2009

Di sini pihak MMJ menyiarkan video-video sedutan sepanjang perjalanan program Miniclinic 2009 pada tahun ini pada tarikh 17-18 April 2009. Saksikan..~~





Thursday, April 16, 2009

sakit gigi lah !

by Fath

Pagi tadi aku pegi Pusat Kesihatan (PK) dengan kawan-kawan aku sebab aku sakit gigi sejak semalam. Awal aku bangun tau. 7:30 pagi dah keluar tunggu bas. Tapi bila kitorang dah sampai kat PK, takleh pulak nak jumpa doktor gigi kalau tak buat appointment. Kawan-kawan aku cakap sebelum ni takyah buat appointment pun. Mungkin sebab ramai orang kot. So terpaksalah aku tunggu Jumaat minggu depan pulak.



pernahkah anda mengalami kesakitan gigi yang melampau? Atau pernahkah anda mengalami pengalaman yang sama dengan si penulis ?

Pihak MMJ telah bermurah hati mengadakan satu program yang bermanfaat untuk anda MINICLINIC...tunggu kemunculannya...





p/s: untuk memastikan "medical check-up" berjalan dengan lancar dan cool, ikut lah jadual berikut :


9.30am-10.30am : 2nd year med.+ 3rd year

10.30am-11.30am : 1st year med.& dent.

11.30am-12.30pm : pelajar Yarmouk (yang tiada exam)

12.30pm-1.30pm : 4th year med.& dent. + 5th year med + 6th year med

1.30pm-2.30pm :pelajar Yarmouk (yang ada exam)

2.30pm-4.00pm :3rd year + 2nd year dent.



untuk "dental check-up" anda boleh datang pada bila bila masa, bermula 12.30pm - 6.00pm


CERAMAH ' A LIFE AFTER BEING A DOCTOR' UNTUK MINICLINIC 2009

Ceramah bertajuk 'A Life After Being A Doctor' oleh profesor daripada Universiti Kebangsaan Malaysia. Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Marilah ramai-ramai hadir mengambil sejuta manfaat dari ceramah ini. Khas untuk pelajar JUST namun pelajar Yarmouk turut dijemput hadir.

Wednesday, April 15, 2009

Tertekan

Banyaknye kerja tak siap lagi
Lecture notes bertimbun-timbun tak sentuh lagi
Duit biasiswa bila lagi nak masuk nie


Sohib rumah nie tak abis-abis nak mintak duit sewa, lambat sikit je dah datang tekan loceng umah…kalau panggil betulkan sink tersumbat sebulan lepas tu baru datang tu pun sebab nak mintak sewa punya pasal...


Room mate nie pasal buka radio kuat-kuat…tak tau ke aku nak study
Budget dia sowang je yang bayar sewa?

STRESSNYERRRRRR AKUUU!!!!!



Adakah anda mengalami masalah seperti dia atas?
Dapatkan makumat lanjut tentang tahap stress anda dalam satu program khas dibawakan untuk anda…MINICLINIC…nantikan kemunculannya…

Video Promote Miniclinic 2009

Ini ialah video promote untuk program Miniclinic pada 17 dan 18 April 2009 ini.

Tuesday, April 14, 2009

Kurangkan berat badan






MONTEL, gemuk gempal, gendut atau apa-apa saja gelaran yang diberi, apa yang pasti 'fenomena' berat badan berlebihan merupakan masalah yang melangkaui sempadan agama, bangsa, warna kulit mahupun negara.

Gemuk bukan sekadar menjejaskan penampilan diri malah lebih mustahak ia kerap dikaitkan dengan masalah kesihatan terutama apabila berat badan mencapai tahap obesiti.

Masalah tersebut amat berkait rapat dengan gaya hidup terutama dari segi tabiat pemakanan yang tidak sihat sehingga mendorong kepada timbulnya frasa baru 'mati bukan kerana tak makan tapi mati kerana terlebih makan'.

-Berita Harian

Nak tahu lebih lanjut tentang risiko mendapat obesiti dan langkah terbaik mengatasinya?

Miniclinic pasti akan membekalkan anda dengan input yang mantap lagi bermanfaat

Datang jangan tak datang!!

Miniclinic

Better information better health


MEDICAL CHECK UP AND DENTAL CHECK UP FOR MINICLINIC 2009

POSTER MAKLUMAT MENGENAI DENTAL CHECK UP UNTUK MINICLINIC 2009




POSTER MAKLUMAT MENGENAI MEDICAL CHECK UP UNTUK MINICLINIC 2009





FORUM 'TOWARDS A HEALTHY LIFESTYLE' FOR MINICLINIC 2009


Datanglah beramai-ramai mengambil seribu manfaat dan ilmu dari forum ini. Pelajar JUST turut digalakkan untuk hadir. Bersamalah memeriahkannya.

Sunday, April 12, 2009

MINICLINIC 2009






MAJLIS MAHASISWA JUST
DENGAN KERJASAMA DARI KMKJ, BKPJJ, MSSJ DAN MPKJ

DENGAN INI MEMBAWAKAN KEPADA WARGA IRBID SEKALIAN


MINICLINIC 2009

Berikut adalah maklumat mengenai program berikut :-

  • FORUM 'TOWARDS A HEALTHY LIFESTYLE'

KHAS UNTUK PELAJAR YARMOUK
TARIKH : 17 APRIL 2009
TEMPAT : DEWAN ABU AIN
MASA : 2.00 PM - 4.00 PM
AHLI PANEL : DR MUHAMMAD AIZAT DAN DR NURHALIM

  • MINICLINIC
TARIKH : 18 APRIL 2009

MEDICAL CHECK UP DENTAL CHECK UP
SYABAB : BAYT ABANG SIFU SYABAB : BAYT AFIFI TOXO
AKHAWAT : BAYT EXORA AKHAWAT : BAYT SALSABILA

MASA : 9.30 PM - 4.00 PM MASA : 12.30 PM - 6.00 PM

  • FORUM KHAS OLEH DOKTOR DARI UKM
KHAS UNTUK PELAJAR JUST
TARIKH : 18 APRIL 2009
MASA : 7.30 PM
TEMPAT : DEWAN KULIAH ADAB UNIVERSITI YARMOUK


Itulah diantara sedikit maklumat mengenai program Miniclinic yang akan diadakan pada 17 dan 18 April 2009 iaitu pada hujung minggu ini. Untuk program Forum pada 17 April 2009, pelajar JUST juga digalakkan untuk menyertai begitu juga Forum Khas pada 18 April 2009, pelajar Yarmouk juga digalakkan untuk hadir.

Semoga dengan program yang diadakan pada kali ini akan mendapat sambutan yang menggalakkan oleh semua warga Melayu Irbid untuk mendapat pelbagai info-info yang bermanfaat untuk kehidupan seharian kita. Sama-samalah kita memeriahkannya. PERMAI DIHATI.


BETTER INFORMATION, BETTER HEALTH







 
Home | About | Link | Link
Simple Proff Blogger Template Created By Herro | Inspiring By Busy Bee Woo Themes