Sunday, August 23, 2009

Perjalanan untuk Mengenggam Sebuah Iqamah

Seperti yang semua tahu, MMJ ada sediakan khidmat untuk bantu para pelajar mendapatkan iqamah. Tak kisahlah pelajar baru, ataupun pelajar lama yang kena perbaharui iqamah. Tetapi kalau ada yang nak uruskannya sendiri, di sini kami sediakan panduan ringkas untuk proses tersebut :). Semoga membantu!





CARA PEMBUATAN IQOMAH SECARA UMUM:




FASA 1: Mendapatkan Kitabah dari pihak ISO
1. Dokumen-dokumen yang diperlukan untuk ke ISO disiapkan terlebih dahulu..
2. Mengambil dan mengisi borang pembaharuan iqomah dari pejabat ISO(International Student Office) di JUST.
3. Dokumen beserta borang pembaharuan iqomah dilampirkan bersama dan seterusnya diserahkan kepada ISO.
(Pelajar akan mendapatkan ‘kitabah’ dari pihak ISO setelah 2 atau 3 hari).
4. Membawa bersama segala dokumen (termasuk kitabah) yang diserah kembali dari pihak ISO ke Wizaroh Dakhliah (Kementerian Dalam Negeri) di Amman.







FASA 2: Mendapatkan ‘surat muwafakoh’ dari Kementerian Dalam Negeri.
1. Dokumen (termasuk kitabah) yang diserah kembali dari pihak ISO dibawa ke Kementerian Dalam Negeri(KDN) di Amman.
Perjalanan ke lokasi KDN adalah seperti berikut:
(Bermula dari Mujamma’ Amman jadid (irbid) ---- > Mujamma’ tababur (Amman)
---- > Teksi ke ‘Wizaroh dakhiliah’(KDN) mengambil masa 5-10min dari mujamma’).



2. Menyerahkan dokumen yang dibawa kepada pihak kementerian yang bertanggungjawab dalam mengendalikan pembaharuan iqomah.
3. Anda akan diminta oleh Kementerian untuk kembali datang pada minggu berikutnya setelah diberi ‘surat muroja’ah’.
4. Pihak kementerian akan mengembalikan beberapa dokumen beserta ‘surat muwafakoh’.




FASA 3: Mendapatkan kad iqomah yang baru.
1. Dokumen yang diperlukan untuk ke Balai Polis disiapkan terlebih dahulu..
2. Dokumen diserahkan kepada pegawai yang bertanggungjawab dalam mengendalikan pembaharuan iqomah.
(Bahagian pengurusan iqomah berada di tingkat 3 sebelah kanan Balai Polis Al-Tal).



3. Anda akan mendapatkan kad iqomah yang baru pada hari yang sama jika bernasib baik, jika tidak maka anda akan mendapatkannya pada keesokan harinya.
4. Kad iqomah baru berada dalam genggaman anda. :)


DOKUMEN YANG DIPERLUKAN



1) Untuk ke ISO


1) salinan iqamah & hawiyah2) salinan muka hadapan, muka kali terakhir masuk Jordan & muka bercop iqomah semasa
3) isbat tholib terbaru (asli)
4)borang tajdid iqamah yang telah diisi (dari ISO).

B) Untuk ke Kementerian Dalam Negeri

1) Segala dokumen termasuk ‘kitabah’ yang telah diberikan oleh ISO haruslah dibawa ke Kementerian Dalam Negeri Jordan.

C) Untuk ke Balai Polis Al-Tal:

1) 2 keping gambar berukuran passport
2) salinan hawiyah3) isbat tholib terbaru(asli)
4)Kad iqamah asli yang lama
5)Passport asli
6) Passport: salinan muka hadapan, muka kali terakhir masuk Jordan & muka bercop iqomah semasa
7) Borang “izin pembaharuan iqamah” yang telah siap diisi. (dari Balai polis).
8)surat muwafakoh dari kementerian.






DOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK MENDAPATKAN IQOMAH:



A) Pembuatan Iqomah untuk kali pertama (Bagi pelajar baru)
1. SALINAN IQOMAH (1 salinan fotostat)
2. SALINAN HAWIYYAH (2 salinan fotostat)
3. SALINAN PASSPORT (2 salinan fotostat)
· MUKA HADAPAN
· MUKA KALI TERAKHIR MEMASUKI JORDAN
· MUKA YANG BERCOP DENGAN JUDUL ‘TAHDID ALMAKAN ASSAKAN’
4. ISBAT THOLIB TERBARU (2 salinan ASLI)
5. GAMBAR UKURAN PASSPORT 2 KEPING
6. PASSPORT ASLI
7. IQOMAH ASLI
8. BORANG DARI ISO JUST (disediakan oleh pihak MMJ, diisi oleh pelajar)
9. BORANG DARI BALAI POLIS AL-TAL (akan disediakan oleh pihak MMJ, diisi oleh pelajar)

B) Pentajdidan Iqamah (Bagi pelajar lama):
1. SALINAN IQOMAH (1 salinan fotostat)
2. SALINAN HAWIYYAH (2 salinan fotostat)
3. SALINAN PASSPORT (2 salinan fotostat)
· MUKA HADAPAN
· MUKA KALI TERAKHIR MEMASUKI JORDAN (dari QAIA)
· MUKA YANG BERCOP IQOMAH SEMASA (Terdapat cop naqiib/ali kanakari)
4. ISBAT THOLIB TERBARU (2 salinan ASLI)
5. GAMBAR UKURAN PASSPORT 2 KEPING
6. PASSPORT ASLI
7. IQOMAH ASLI
8. BORANG DARI ISO JUST (disediakan oleh pihak MMJ, diisi oleh pelajar)
9. BORANG DARI BALAI POLIS AL-TAL (akan disediakan oleh pihak MMJ, diisi oleh pelajar)

* Segala masalah dan kemusykilan bolehlah dirujuk pada admin di ruangan komentar ataupun terus kepada Biro Perhubungan Luar MMJ. Terima Kasih!

1 comments:

Anonymous said...

Hello. And Bye.

 
Home | About | Link | Link
Simple Proff Blogger Template Created By Herro | Inspiring By Busy Bee Woo Themes