Thursday, October 8, 2009

EDISI KHAS UNTUK PELAJAR2 PERSENDIRIAN

Tahukah anda sebagai pelajar persendirian, anda juga berpotensi untuk mendapat pinjaman atau biasiswa? Jadi, adakah anda jelas akan langkah-langkah yang perlu dilakukan? Teruskan pembacaan anda!BAGAIMANA CARANYA?


1) Ambil SLIP MUADDAL TAHUNAN TAHUN SATU anda di Shoun Tholabah, JUST apabila markah semester musim panas telah keluar atau tinggalkan kad pelajar @ hawiyah dan wang 4JD kepada mana-mana sahabat anda yang tidak pulang ke Malaysia agar mereka boleh mengambil bagi pihak anda dan minta mereka fax kan ke Malaysia.

[pihak penaja TERIMA slip yang sendiri oleh pihak jamiah walaupun dalam bentuk FAX tetapi TIDAK TERIMA slip yang dicetak sendiri daripada laman web JUST.]

2) Buat jadual pembayaran yuran pengajian universiti.

[Pihak JPA akan meminta anggaran yuran pengajian walaupun mereka sudah maklum dengan yuran dan perbelanjaan di sini.]

3) Langkah seterusnya di Malaysia, sama ada

A-    Pergi ke pejabat MARA di MEDAN MARA, KL untuk mengambil borang permohonan pinjaman

ATAU

B-    Semak LAMAN WEB JPA secara kerap. Mereka akan mengeluarkan iklan untuk pinjaman pelajar yang sudah belajar di luar negara.


4) Urusan seterusnya tertakluk kepada pihak penaja.

5) Tunggu jawapan daripada pihak penaja.

Apa perbezaan antara pinjaman MARA dan JPA? Berikut perbandingan yang dibuat berdasarkan pengalaman senior2 kita yang pernah memohon tajaan MARA dan JPA:






Untuk makluman juga, tiada masalah untuk anda memohon kedua-dua pinjaman ini secara serentak tetapi anda hanya dibenarkan menerima salah SATU daripada pinjaman yang ditawarkan.

Nota kaki: pelajar2 persendirian selain tahun 1 juga boleh memohon pinjaman bergantung kepada syarat2 yang ditetapkan oleh pihak penaja.

SEBARANG MASALAH, KETIDAKJELASAN DAN KEKABURAN BOLEH DIRUJUK KEPADA BIRO PERHUBUNGAN LUAR MMJ~




0 comments:

 
Home | About | Link | Link
Simple Proff Blogger Template Created By Herro | Inspiring By Busy Bee Woo Themes