Monday, November 16, 2009

Mengapa perlu alat bantu belajar?


Assalamualaikum. Apa khabar semua? Mesti sedang berjuang dalam kesejukan, kan? Sebenarnya, entri ini khas untuk mempromosikan alat-alat bantu belajar yang boleh memaksimakan pemahaman pembelajaran dalam jalan ilmu ini :). Ya, kita memang banyak bergantung pada lecture notes dan slide doctor untuk menghadapi peperiksan. Jadi, apa perlunya alat-alat ini?
Kadang kala minda kita akan cepat bosan dengan cara yang sama atau sesetengah orang memerlukan cara yang berbeza yang lebih kreatif untuk belajar. Sebagai contoh, penggunaan flashcard boleh membantu untuk kekuatan memori serta saiznya yang kecil membolehkan anda membawa ke mana-mana sahaja anda pergi tanpa memberatkan beg anda. Tambahan pula, kekangan masa selalunya tidak mengizinkan kita untuk menghasilkan FLASHCARD sendiri.

Jadi, cadangan kami..

Bagi 1st year: Anda masih mempelajari subjek-subjek yang dikira mudah dan mungkin anda belum memikirkan apa yang bakal anda lalui dalam semester yang kedua nanti. Bagi mana-mana yang tidak tahu, anda bakal menempuh subjek-subjek berat seperti Physiology, Histology, Anatomy dan sebagainya.

Physiology memerlukan banyak bacaan, Histology dan Anatomy memerlukan banyak hafalan. Ingin kami mengutarakan cadangan untuk membeli FLASHCARD ANATOMY khususnya untuk membantu anda menghafal segala material yang diperlukan nanti.

2nd year:  Anda sedang melalui subjek-subjek yang sedikit berat berbanding tahun 1 seperti Pathology, Pharmacology, Microbiology dan sebagainya. Kami boleh membantu anda dengan mendapatkan FLASHCARD bagi subjek-subjek tersebut. Bukan itu sahaja, kami juga boleh membantu anda mendapatkan series RECALL iaitu buku-buku Q&A yang juga boleh membantu menguatkan ingatan anda. Jangan risau, subjek-subjek ini, anda akan perlu juga pelajari sewaktu tahun 3 nanti malah lebih mendalam.

Semester hadapan pula, anda akan berdepan dengan system buat pertama kalinya. Untuk mengelakkan anda terkejut dengan cara pembelajaran system, kami boleh membantu anda mendapatkan buku-buku tentang system HLS, CVS dan RS. Dengan ini, anda boleh mendapat pengenalan tentang subjek-subjek tersebut.

3rd year: Masih belum terlambat untuk anda mendapatkan FLASHCARD yang boleh membantu anda mengharungi MSS, GIS, ENDOCRINE, UGS dan CNS. Semua subjek boleh didapati dan kami sedia membantu anda dengan tangan terbuka.




Contoh Anatomy Flashcards. Maaf gambar kabur. di belakang kad ada info tentang bahagian yang dinomborkan.

 


Contoh kad besar untuk digantung pada dinding.







Pathology Flashcards dalam bentuk soalan-soalan klinikal, juga merupakan jenis soalan favorite doktor. :)



"Tak rugi ke beli banyak-banyak? Bukan selalu guna!"

Kesemua item yang ditawarkan boleh digunakan bukan sahaja semasa tahun 1, 2 dan 3 malah seperti yang diketahui, segala subjek-subjek perubatan bakal dibawa hingga ke tahun 6 dan perlu kita ingati SAMPAI MATI demi kemaslahatan pesakit-pesakit kita nanti.

"Tak ada bajet!"

Pelaburan ini adalah antara jalan terbaik untuk membelanjakan elaun yang dibekalkan oleh pihak penaja! :) Kita datang dengan duit rakyat dan tajaan yang diberi adalah dijamin BERLEBIHAN, tak salah untuk kita belanjakan untuk kebaikan diri sendiri sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan prestasi diri dalam menuntut ilmu. Pembelian BUKU/KITAB tidak pernah dikategorikan sebagai pembaziran kerana BUKU/KITAB adalah ILMU.

Jadikanlah pembelian alat bantu belajar sebagai satu investment untuk kejayaan masa depan. :)

* Contoh buku-buku untuk pelajar pergigian, di sini.
** Bagi pelajar pergigian, kami mencadangkan anda menggunakan Flashcards Head and Neck Anatomy dari NETTERS yang mempunyai ilustrasi yang menarik. :)


Tempahan melalui :
aleeya_nlr@yahoo.com atau kk_rbn@yahoo.com

Aliaa : 0776138891
Haffizan : 0779838958

3 comments:

Unknown at December 13, 2009 at 9:08 PM said...

salam...

sy cdangkan tolong list sekali harga ntok material2 djual..
senang sket nak berurusan..
x pyah susah2 tepon..
x gitu? ^_^

nway, brape harga flashcard tu?

shukran..

nabilah said...

salam, nk tanye gak.. plg lmbt dpt ble ye?

Anonymous said...

thanks you
http://www.ju.edu.jo

 
Home | About | Link | Link
Simple Proff Blogger Template Created By Herro | Inspiring By Busy Bee Woo Themes