Monday, November 16, 2009

Pemberitahuan Terkini!!


TAHUKAH ANDA?
(1)
Seorang delegasi University Malaya telah datang ke Jordan.
Mempromosikan satu program anjuran UM
Yang bernama
“Bright Spark” Program


(2)
Sudahkah anda fikirkan masa depan anda setelah menjadi doktor?
Adakah anda mahu menjadi doktor dan pensyarah?
Adakah anda ingin tahu peluang kerjaya yang ada disediakan di UM?
Adakah anda tahu bahawa pihak UM ada menawarkan kursus pengajian ke university ternama dunia bagi bachelor, master mahupun PhD?

(3)
Kerajaan membelanjakan puluhan ribu ringgit Malaysia
Untuk pembelajaran anda di Jordan
Maka,
Pernahkah anda terfikir
Hak anda selaku mahasiswa di JUST
Untuk mendapatkan layanan dan perkhidmatan terbaik
Yang berbaloi dengan wang yang kerajaan belanjakan?
Adakah anda mahukan apa-apa kemudahan untuk anda
Sepanjang berada di JUST?

(4)
Pernahkah anda berasa tidak puas hati
Dengan apa sahaja perkara
Semasa belajar di JUST
Adakah anda ingin pendamkan ataupun luahkan?
Supaya langkah yang sepatutnya dapa diambil..

Maka..Oleh yang demikian
Ringan-ringankan kaki
Lapang-lapangkan masa anda
Untuk Menghadiri
PERJUMPAAN PELAJAR MALAYSIA DI JUST DENGAN
1) PRESIDEN JUST
2) PENGARAH MSD
3) PROFESSOR MADYA DR HASSAN BASERI B MAT DAHAN
Pengarah Pusat Pengajian Malaysia
University Cairo, Mesir
Merangkap delegasi University Malaya ke Jordan.

Esok
17 November 2009 ( Selasa )
Di Mudarraj Al-Farouq
Jam 11.00 pagi
JUMPA DI SANA

P/S : Surat pelepasan dari menghadiri kuliah akan dikeluarkan dari pihak jamiah. Jangan bimbang!

MARI SAMA-SAMA DATANG!!!

0 comments:

 
Home | About | Link | Link
Simple Proff Blogger Template Created By Herro | Inspiring By Busy Bee Woo Themes