Monday, April 27, 2009

All the best!

by Biro Akademik

Assalamualaikum semua.

 

Buat pengetahuan kawan-kawan semua, mulai esok, 28/04/09 senior-senior tahun 6 akan menduduki peperiksaan final mereka sehingga akhir semester ini.

 

Jadi disini, marilah kita ramai-ramai mendoakan kejayaan mereka. Semoga mereka dapat menghadapi fatrah imtihan ini dengan jayanya. Nanti akan bertambahlah duktur-dukturah keluaran Jordan tercinta ini..

 

Buat senior-senior yang bakal menghadapi imtihal final ini, kami semua mengucapkan semoga berjaya and all the best. Doa kami sentiasa mengiringi anda.




Biro Akademik MMJ 08/09

Saturday, April 25, 2009

Aim Your Target, guys!

by Biro Akademik

Begin With The End In Mind, Let's Start!

 

Bismillah

 

Kata orang, hidup perlu ada matlamat, nak berjaya kenalah usaha, nak cemerlang wajib ada kesungguhan dan ketekunan.

Atau adakah… anda lebih selesa hidup anda biasa-biasa, usaha cukup-cukup makan, dan natijah yang hanya menyelamatkan anda setapak dari kegagalan, jauh dari tangga kejayaan, apatah lagi dari pentas kecemerlangan? Jika inilah rukun hidup anda, sampai bila-bila anda tidak akan mendapat 'title' BERJAYA, tetapi hanya TERSELAMAT sahaja. Nasib baik….   

 

 

KURANG USAHA

 

Masalah yang saya lihat berlegar di kalangan mahasiswa kita di sini, kita tidak serius dan kurang spesifik  dalam meletakkan matlamat akhir belajar di sini. Sudah pastilah kita meletakkan target tamat belajar dengan menggenggam ijazah perubatan atau pergigian, tapi persoalannya DENGAN MUADDAL BERAPA? Pernah terfikir?

Atau adakah anda dalam kategori golongan yang berpuas hati dengan prinsip ini- 'asal lepas belajar sudah…'

 

Tiada bezanya dengan markah muaddal tahunan. Ada yang selesa dengan dengan pegangan yang sama – 'asal lepas, sudah…' atau 'tak kisahlah…asal dapat naik tahun ok la…'

 

Berpegang pada prinsip sedemikian, memberi kesan kepada penumpuan usaha kita ke arah kecemerlangan. Pegangan "asal lepas sudah.." mengakibatkan ramai antara kita yang usaha hanya cukup-cukup makan, bagai melepas batuk di tangga, maka natijahnya pastilah hanya cukup-cukup kelulusan.

 

Kita lupa, bukankah kecemerlangan itu salah satu manifestasi usaha seseorang, dan juga sebagai salah satu kayu ukur menginterpretasi ketinggian ilmu seorang graduan?

 

Pernah anda kaji carta atau ranking muaddal di universiti, hebat mana yang dipanggil mutamayyiz (>92%), cemerlang mana yang dipanggil mumtaz (85 – 91.9%), tinggi mana markah jayyid jiddan (76 – 84.9%), takat mana diberi jayyid (67 – 75.9%), lulus mana pula yang dikata maqbul (60%) , dan dhaif (50 – 59%) ? Bawah dari itu, jangan difikir… na3uzubillah.

 

Naik tahun? Mungkin semua tahu , perlu lulus paling kurang 60%. Tapi wajarkah kita hanya meletakkan target setiap tahun lulus dengan muaddal yang dikata maqbul? Di mana impian cemerlang kita ?

 

Bermula dengan meletakkan target akhir muaddal graduasi kita, kita akan mula meletakkan TARGET MUADDAL SETIAP TAHUN YANG PERLU KITA CAPAI. Jangan leka, setiap tahun beberapa peratus dari markah tahunan akan dibawa ke akhir tahun nanti untuk muaddal keseluruhan. Secara kasar, purata muaddal tahunan dari tahun 1 hingga tahun 5 yang akan dibawa ke tahun akhir adalah sebanyak 60%, manakala muaddal tahun 6 sahaja sebanyak 40% diambil kira untuk jumlah muaddal graduasi nanti.

 

Andai matlamat spesifik telah kita letakkan dari awal, kita akan kurang bermain, tidak leka, dan sentiasa berwaspada dengan setiap markah dalam setiap ujian dan peperiksaan yang kita duduki.

Ya, setiap markah yang hilang bererti peratus anda yang kurang dari impian markah muaddal graduasi anda nanti!

 

 

 

MUADDAL TAHUNAN LEBIH 80%?

 

Mahasiswa tahun satu pastinya tersenyum lebar, eleh… kacang je.. petik jari pejam mata, lebih dari itu pun aku mampu… malah untuk tersenarai dalam carta DEANLIST (>85%) atau PRESIDENT LIST (>92%), memang tak mustahil… (adik-adik mahu sahut cabaran?) Nak capai itu mudah, tapi nak pertahankan itu payah. Itulah cabaran yang perlu adik-adik tempuhi. Cuba pertahankan prestasi cemerlang andai tahun satu ini adik-adik akhiri dengan muaddal yang hebat dan cemerlang.

 

Cuba letakkan muaddal graduasi anda setinggi mungkin, kerana anda masih di langkah pertama menuju puncak kecemerlangan.  Mahu mencipta sejarah menjadi pelajar Malaysia pertama diumumkan menjadi antara 3 pelajar terbaik jurusan anda di hari graduasi nanti? Atau menjadi pelajar Malaysia pertama berjaya dengan muaddal graduasi lebih 92% ? (president list tu…belum pernah pelajar Melayu dapat).

Jadi, usaha dari sekarang dan cuba pertahankan pada masa akan datang. Tak mustahil….

 

Bagaimana pula dengan mahasiswa tahun-tahun seterusnya? 80%? Tinggi? Tidak mengapa, kita mulakan dengan target peribadi dahulu.  (Tapi bukan sekadar maqbul, tau…), kemudian tinggikan dari semasa ke semasa target muaddal kita sehingga mencapai 80% atau lebih. Tak mustahil anda mampu menduduki carta deanlist sekali lagi.  Sematkan dalam hati, aku bukan lagi mahasiswa 'cukup-cukup makan' dalam pelajaran.

 

 

SIKAP KITA, MELAYU YANG LAYU

 

Masalahnya, ramai yang melihat kepentingan meletakkan target spesifik dan target muaddal tahunan ini dengan sebelah mata.  Ramai yang mengambilnya sambil lewa, maka dalam setiap ujian dan peperiksaan, mereka kurang menumpukan sepenuh usaha.

"Asal habis baca, takyah ulang ok ape…"

" takpe… baru exam pertama, markah kurang sikit, boleh usaha nanti-nanti sahaja" Ataupun, jika semester pertama tidak memberangsangkan, mereka lebih selesa mengambil jalan mententeramkan diri,

" Bukan ke ada lagi semester kedua.."

Tetapi akhirnya sehingga habis semester kedua, baru kelam kabut mengira muaddal takut-takut tidak cukup untuk membantu mereka melangkah ke tahun seterusnya. Sekadar itu.. harapan mahu lulus melangkah ke tahun seterusnya, maka di mana impian cemerlang kita?

Tidak bersedia, tidak berwaspada, sering leka- kitakah mahasiswa yang layu dalam belajar itu?  

 

 

BEGIN WITH THE END IN MIND, LET'S START!

 

Masih belum lewat. "A journey of a thousand miles start with a single step"

 

Orang yang mahu memanah tepat pada sasaran , takkanlah memanah dengan mata buta, itu bodoh namanya.

Orang yang mahu cemerlang berjaya dalam hidup dan pelajaran, takkkanlah usahanya sekadar melepaskan batuk di tangga, itu mimpi namanya.

 

"Sesungguhnya ALLAH suka seseorang kamu jika dia melakukan sesuatu,dia melakukannya dengan sungguh-sungguh dan teliti" - HADIS

 

Allah suka orang yang berusaha bersungguh-sungguh.

Allah sayang orang yang berusaha dengan teliti.

Maka dari situ lahirnya sunnatullah- kejayaan dan kecemerlangan hasil dari usaha yang tiada henti.

 

 

Muaddal tahunan lebih 80%. Tidak mustahil! Apa yang penting, perlu diingat, usaha perlu dimulakan dari sekarang. Jadikan impian dan matlamat anda untuk cemerlang sebagai penggerak usaha-usaha dan semangat membara anda yang tak pernah padam.

 

Genggam impian anda kemas-kemas, ubah persepsi anda terhadap diri sendiri, aku bukan lagi mahasiswa atas sempadan, bukan lagi mahasiswa yang hanya 'cukup-cukup makan', yang hanya berdiri di atas genting, antara lulus dan kegagalan.

Tapi aku mahasiswa yang mahukan kecemerlangan! Mulakan dari sekarang. Muaddal tahunan kita lebih 80% semuanya- manifestasi dan interpretasi usaha dan ilmu kurniaan Allah pada kita. AYUH!

 

Wallahua'lam

Biro Akademik MMJ 08/09

 

Kempen Muaddal Atas 80

by Biro Akademik


Bismillah dan assalamualaikum 

           
Apa khabar semua warga Permai khususnya ahli MMJ? Harap-harapnya sentiasa di bawah rahmat-Nya. Hmm, macam mana kehidupan anda sekarang? Maksud saya, bukan kehidupan seharian, tapi lebih kepada kehidupan study anda semua.

           
Semua pun sedia maklum lagi arif bukan yang kita sekarang di semester kedua bagi sesi 08/09. 1st exam dah lama berlalu. Yang mid term pula baru je habis. Dan 2nd exam just around the corner. So, macam mana prestasi pelajaran setakat ni?


Jom ramai-ramai nilai balik macam mana prestasi pelajaran kita semua semasa semester lepas. Bagi yang najih, alhamdulillah dan tahniah. Bagi yang kurang, jangan sesekali putus asa. Gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya.

           
Jadi, apa yang kita semua nak capai semesta ini? Sekadar asal lepas? Atau nak jadi lagi berjaya dan berjaya? Tak kan tak jealous kot tengok rakan-rakan yang lain terus mengorak langkah ke arah kejayaan?

           
Jadi, kami, Biro Akademik MMJ 08/09 dengan ini ingin melancarkan Kempen Muaddal Atas 80.




Ops, jangan cepat melatah kawan-kawan. Jangan la fikir, “mengarut la diorang ni, 80? Banyak tuu..” atau seperti ini, “ish, biar betul, sempat ke? Sekarang dah tengah sem..ingat senang ke nak dapat 80 tu?”. Apapun, better late than never, right?

           
Saya tahu kawan-kawan, untuk mencapai muaddal atas 80, bukan mudah tapi juga bukan mustahil. Kalau ada senior kita yang mampu buat, takkan la kita tak mampu, bukan?

           
Ok la, mungkin target untuk mendapat muaddal atas 80 itu terlalu banyak, tapi kita boleh mulakan dengan langkah yang lebih kecil. Paling kurang pun, target la supaya muaddal kita meningkat dari semester lepas.

           
Tapi, target je tak cukup tau. Usaha jangan kita tinggal. Iringkan sekali dengan doa dan tawakkal. Baru la seimbang. Ini tidak, kalau usaha pun hanya seciput, hasilnya pun anda tahu la macam kan..?

           
Cukup la setakat ini dahulu. Harap anda akan selalu mengunjungi blog MMJ untuk mengikuti perkembangan lanjut. Adios, wassalam.

 


Biro Akademik MMJ 08/09

Friday, April 17, 2009

Limited edition !!!

Tali tag nama


Istimewa untuk anda.ya.Anda ahli ahli MMJ (ahli MMY juga,kalau berminat).Tali tag nama.pilihan 3 warna.Dengan harga yang berpatutan,hanya JD1.sedinar !!! murah saje kan ;) boleh didapati semasa medical check-up, dental check-up atau forum sepanjang berlangsung nye miniclinic.




Thursday, April 16, 2009

sakit gigi lah !

by Fath

Pagi tadi aku pegi Pusat Kesihatan (PK) dengan kawan-kawan aku sebab aku sakit gigi sejak semalam. Awal aku bangun tau. 7:30 pagi dah keluar tunggu bas. Tapi bila kitorang dah sampai kat PK, takleh pulak nak jumpa doktor gigi kalau tak buat appointment. Kawan-kawan aku cakap sebelum ni takyah buat appointment pun. Mungkin sebab ramai orang kot. So terpaksalah aku tunggu Jumaat minggu depan pulak.



pernahkah anda mengalami kesakitan gigi yang melampau? Atau pernahkah anda mengalami pengalaman yang sama dengan si penulis ?

Pihak MMJ telah bermurah hati mengadakan satu program yang bermanfaat untuk anda MINICLINIC...tunggu kemunculannya...





p/s: untuk memastikan "medical check-up" berjalan dengan lancar dan cool, ikut lah jadual berikut :


9.30am-10.30am : 2nd year med.+ 3rd year

10.30am-11.30am : 1st year med.& dent.

11.30am-12.30pm : pelajar Yarmouk (yang tiada exam)

12.30pm-1.30pm : 4th year med.& dent. + 5th year med + 6th year med

1.30pm-2.30pm :pelajar Yarmouk (yang ada exam)

2.30pm-4.00pm :3rd year + 2nd year dent.



untuk "dental check-up" anda boleh datang pada bila bila masa, bermula 12.30pm - 6.00pm


 
Home | About | Link | Link
Simple Proff Blogger Template Created By Herro | Inspiring By Busy Bee Woo Themes